Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib, Rosmah pendekkan lawatan bagi ziarah mangsa
Diterbitkan:  May 22, 2011 9:07 AM
Dikemaskini: 1:10 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang berada di Amerika Syarikat akan memendekkan lawatannya dan segera pulang ke tanah air bagi menziarahi keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat, demikian menurut Datin Seri Rosmah Mansor.

NONE Isteri Perdana Menteri berkata bahawa Najib dan beliau yang sepatutnya berlepas ke Jepun dari Amerika Syarikat, kini akan pulang terus ke Malaysia.

"Saya gembira beliau mengambil keputusan ini kerana ia akan membolehkan saya melawat tempat itu secepat mungkin," katanya dalam satu temu bual secara langsung dengan Bernama Radio24 dari Washington malam semalam.

Temubual itu terhenti seketika disebabkan Rosmah sebak kerana nyata sedih dengan tragedi itu.

Sehingga awal pagi ini, semua 25 mangsa yang tertimbus berjaya dicari dan dikeluarkan. Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat pada kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu.

24 buried alive in landslide at orphanage Rosmah mengucapkan takziah beliau dan Najib kepada semua keluarga mangsa dan berharap mereka bersabar.

"Saya terkejut dan sedih dengan kejadian yang meragut banyak nyawa ini," katanya.

Rosmah, yang juga Presiden Badan Amal Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), berkata beliau telah meminta anggotanya supaya melawat dan membantu mereka yang terlibat.

Katanya beliau telah meminta Datin Seri Lee Sun Loo, isteri Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, supaya sentiasa memberikan maklumat terkini kepada beliau mengenai kejadian itu.

- Bernama

ADS