Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan Selangor supaya menyiasat kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah anak yatim di Batu 14, Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa pada Sabtu lalu.

Wan Azizah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan negeri juga perlu menjalankan siasatan ke atas semua pembinaan bangunan di lereng bukit dan juga premis persendirian.

24 buried alive in landslide at orphanage "PKR memandang tragedi ini sebagai satu peringatan kepada manusia terhadap kepentingan menjaga keselamatan di tempat tinggal, sekolah, hospital dan terutamanya tempat anak-anak yatim dan orang-orang tua.

"Sikap tanggungjawab terhadap ciri-ciri keselamatan mesti dititikberatkan agar kejadian sama tidak berulang... Sudah cukup negara ini berhadapan dengan kejadian seumpama ini," katanya lagi.

Isu melibatkan pembinaan di kawasan cerun sebelum ini menjadi tumpuan susulan siri kejadian tanah runtuh di sekitar Lembah Kelang, termasuk kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Disember 2008 yang menjejaskan sehingga 5,000 keluarga.

Mengulas lanjut, Wan Azizah yang turut berpeluang menziarahi jenazah serta mangsa yang terselamat dalam kejadian itu turut menyampaikan rasa simpatinya kepada keluarga mangsa yang terlibat.

24 buried alive in landslide at orphanage "Suasana sebak dan pilu menyelubungi hadirin yang hadir, apatah lagi bagi anak-anak yatim yang terselamat bila mengenangkan teman-teman yang terkorban.

"Pastinya trauma yang mereka alami memerlukan sedikit masa untuk sembuh dan bakal memberi impak dalam kehidupan mendatang.

"Kepada anak-anak yang gugur syahid kita doakan agar mereka ditempatkan bersama para muslimin beriman," katanya lagi.

Kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat hari ini.

ADS