Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysia sahabat sejati Jepun
Diterbitkan:  May 26, 2011 11:06 AM
Dikemaskini: 4:29 AM

Ketika Jepun sedang pulih daripada kesan gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear yang tercetus 11 Mac lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu rakyat negara itu bahawa Malaysia sentiasa di sisi mereka sebagai sahabat di saat-saat gembira dan lebih-lebih lagi ketika dalam kesusahan.

malaysia japan trade business Sambil menegaskan tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan negara bagi menghadapi kesulitan, Perdana Menteri mengulangi komitmen Kuala Lumpur untuk menyokong usaha rakan sejawatan beliau dari Jepun, Naoto Kan, untuk membina semula kawasan-kawasan di timur laut negara itu yang teruk terjejas.

Berucap pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-17 di Tokyo hari ini, Najib bukan sekadar menyentuh soal-soal ekonomi pada perhimpunan berprestij itu bagi membuktikan pendirian Malaysia mengenai erti kata sebenar persahabatan dan sifat penyayang.

najib tun razak may 2011 "Pada pagi ini saya ingin melahirkan rasa simpati kepada mereka yang tidak lagi ada bersama kita -- semoga roh mereka dicucuri rahmat," katanya dalam ucapan yang disifatkan oleh beberapa peserta sebagai amat menyentuh perasaan.

Hadirin yang terangsang oleh ucapan itu telah berdiri sambil bertepuk tangan apabila Perdana Menteri selesai berucap dan sehingga beliau meninggalkan Bilik Fuji di Hotel Imperial, tempat persidangan itu berlangsung.

- Bernama

ADS