Malaysiakini BERITA

Aktivis diarah tweet 100 kali kerana memfitnah

Regina Lee  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Seramai 4,253 pengikut laman Twitter Fahmi Fadzil mungkin pelik dengan pesanan bertalu-talu daripada aktivis sosial itu yang memohon maaf kepada sebuah syarikat penerbitan.

Dalam ‘penyelesaian' yang tidak pernah berlaku, Fahmi diarahkan untuk menulis permohonan maaf di laman sosial itu sebanyak seratus kali dalam masa tiga hari.

NONE Syarikat itu - Blu Inc Media & Majalah Female - mengarahkannya menulis: "I've DEFAMED Blu Inc Media & Female. My tweets on their HR Policies are untrue. I retract those words & hereby apologize."

(Saya MEMFITNAH Blu Inc Media dan Majalah Female. Tweet saya tentang polisi HR [sumber manusia] mereka tidak benar. Saya tarik balik kata-kata itu dan mohon maaf.)

 

Beliau diminta berbuat demikian untuk mengelakkan daripada diheret ke mahkamah.

 

Semuanya bermula apabila Fahmi - yang juga setiusaha politik kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar - diminta menulis secara bersiri perkara itu di akaun Twitter @fahmi_fadzil.

Ambil iktibar

Pada 25 Januari lalu, Fahmi mendakwa seorang rakannya tidak dilayan dengan baik oleh majikannya di majalah Female kerana mengandung sehingga mendorongnya meletakkan jawatan.

Sedar dengan kesilapan tersebut, Fahmi memohon maaf beberapa jam selepas itu dalam laman yang sama.

NONE Bagaimanapun, pada Mac, peguam Blu Inc menghantar surat padanya mendakwanya memfitnah syarikat penerbitan besar itu yang turut memiliki beberapa majalah popular termasuk Her World, Glam dan Eh! dan memegang lesen penerbitan Men's Health dan Seventeen Men.

 

Mereka menuntut Fahmi menyiarkan memohon maaf secara bertulis dan menyiarkannya dalam akhbar harian selain membayar gantirugi.

Oleh kerana tidak mampu ekoran harganya mencecah puluhan ribu ringgit, Fahmi dan Blu Inc mencapai kata sepakat untuk memohon maaf secara berperingkat dalam laman twitternya.

Bagaimanapun, Fahmi ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini menganggap perkara itu sebagai "pengalaman yang baik".

 

"Saya kini mengambil iktibar bahawa anda perlu bertanggungjawab terhadap apa yang kamu tulis di Twitter," katanya lagi.

 

[Baca berita penuh]