Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mugabe, Bashir lawat Malaysia
Diterbitkan:  Jun 12, 2011 2:43 PM
Dikemaskini: Jun 13, 2011 12:45 AM

Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dan Presiden Sudan Omar al-Bashir - yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) - akan melawat Malaysia untuk menghadiri satu mesyuarat ekonomi, kata seorang timbalan menteri hari ini.

Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay memberitahu AFP bahawa Mugabe dan Bashir adalah antara tujuh pemimpin Afrika yang akan menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi dari 19 hingga 21 Jun.

global peace forum mahathir 161205 mugabe and mahathir "Pemimpin negara Afrika akan membentangkan pandangan mereka mengenai bagaimana untuk menggalakkan dagangan, hubungan politik dan ekonomi di mesyuarat tahunan tersebut," katanya.

Para pemimpin Afrika itu menjadi tetamu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berucap mengenai isu-isu pembangunan sosio-ekonomi.

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang sahabat karib Mugabe, akan menyampaikan ucapan dasar di mesyuarat tersebut yang akan berlangsung di Putrajaya.

Dr Mahathir bersara pada 2003 tetapi Mugabe, 87, masih memerintah Zimbabwe sejak negara itu merdeka pada 1980.

Bashir pula berdepan dengan waran tangkap ICC berhubung tuduhan penghapusan kaum, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di kawasan barat Sudan - Darfur.

Waran tersebut telah menjejaskan pergerakan Bashir di luar Sudan. ICC mengarahkan negara-negara anggotanya supaya menangkap Bashir jika beliau melawat, tetapi Malaysia bukan negara anggota ICC.

[Baca berita penuh]

 

 

ADS