Persatuan Pemilik Bot-bot Nelayan Sarawak hari ini menyertai pelbagai persatuan berkaitan nelayan di seluruh negara dalam merayu kerajaan menimbang semula keputusannya menarik balik subsidi diesel yang diberikan kepada nelayan.

NONE Beliau berkata lebih 400 bot yang kebanyakannya dimiliki nelayan di Sibu, Sarikei dan Bintulu, kini tidak lagi keluar menangkap ikan sejak awal bulan ini apabila subsidi itu dikurangkan.

"Kami tidak boleh berterusan menangkap ikan karana kami mengalami kerugian. Kami juga tidak boleh sewenangnya memindahkan peningkatan kos itu kepada pengguna kerana mereka tidak akan beli ikan jika ia mahal," katanya kepada pemberita hari ini.

"Setakat ini kami sentiasa sokong kerajaan, itu sebabnya kami memutuskan untuk tidak mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi, kami percaya kepada rundingan," kata pengerusinya Ha Tung Ting.

Beliau berkata dengan harga diesel kini RM1.80 seliter berbanding RM1.25 sebelum ini, sesetengah bot perlu berbelanja sekurang-kurangnya lebih RM10,000, untuk ke laut.    

NONE "Ada juga anggota persatuan kami yang terpaksa perlu menghentikan perkhidmatan lebih 300 pekerja kerana mereka tidak mampu membayar gaji pekerja," katanya.

Sementara itu Ha sekali lagi menggesa kerajaan memeriksa 289 bot nelayan laut dalam yang beroperasi di Tanjung Manis dekat Sibu.

Menurutnya walaupun mereka dimiliki syarikat tempatan, bot-bot serta anak kapal itu semuanya adalah dari negara asing, dan mereka juga dikatakan akan menjual hasil tangkapan mereka kepada kapal asing yang menunggu di laut terbuka.

"Mereka juga diberikan diesel bersubsidi. Bulan ini saya diberitahu mereka menggunakan 600,000 liter diesel kuota 3 juta liter, tapi mana ikannya? Ini tidak adil," katanya.

- Bernama