Lingam: RCI jejaskan reputasi saya
Peguam kanan yang terpalit dengan isu "pita Lingam" pada 2008 berhujah bahawa kebebasannya menjadi taruhan ekoran reputasi dan amalan undang-undangnya menjadi perhatian.
VK Lingam (
kanan
) hari ini mengemukakan pembelaannya kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkannya dan dua lagi mencabar keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyarankan tindakan diambil ke atas mereka.
Suruhanjaya itu juga mengusulkan supaya tindakan undang-undang diambil terhadap bekas ketua hakim negara Tan Sri Eusoff Chin, Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan jutawan Vincent Tan.
Bercakap kepada tiga panel hakim, Lingam mendakwa, suruhanjaya itu, melalui dapatan dan cadangannya, sangat mempengaruhi reputasinya dan beliau berhak mempertahankannya berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan.
Panel itu diketuai Hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin dan dianggotai Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.

