Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tatoo di badan bukan penghalang sertai tentera
Diterbitkan:  Jun 15, 2011 2:40 PM
Dikemaskini: 6:45 AM

Lukisan tatoo pada badan tidak menjadi penghalang kepada mana-mana individu untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

graduation ceremony Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata ATM lebih mementingkan calon memenuhi kriteria seperti lulus pemeriksaan perubatan, lulus ujian fizikal, dan untuk pegawai, perlu memenuhi keupayaan memimpin dan merancang.

"Mereka yang mahu menyertai ATM juga perlu lulus beberapa ujian kecerdasan mental (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ). Kalau ada tatoo banyak sekalipun, seseorang itu lulus semua ujian kelayakan, dia pasti akan diterima," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti).

Kepada soalan wakil yang sama sama ada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi keutamaan menyertai pasukan tentera, Abdul Latiff berkata, mereka ini diberi keutamaan sekiranya berminat menyertai ATM, Polis Diraja Malaysia ataupun Jabatan Pertahanan Awam.

    

military tentera askar soldier malaysia 260307 wataniah Terdahulu menjawab soalan Ahmad Lai, beliau berkata ATM tidak menghadapi kesukaran mendapatkan anak watan Sarawak untuk berkhidmat dalam pasukan itu.

Malah, katanya, daripada jumlah pengambilan rekrut ATM dalam tempoh 2009 hingga 2011, seramai 661 orang (8.8 peratus) daripada keseluruhan 7,510 rekrut adalah dari dari Sarawak.

Mengenai penggunaan media baru sebagai untuk mengiklankan pengambilan anggota baru untuk tentera, Abdul Latiff berkata kementerian masih mengguna pakai media arus perdana tetapi akan membuat pertimbangan untuk menggunakan  Youtube, Facebook dan Twitter untuk tujuan itu.

- Bernama

ADS