Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tidak ada permit polis yang dikeluarkan untuk mana-mana tiga perhimpunan yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada masa yang sama 9 Julai depan.

Menurut polis, ini kerana tidak ada pihak yang memohon untuk mendapatkan permit tersebut.

"Kami tidak menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan permit. Semua kumpulan ini kata, mereka akan mendapatkan permit polis,  mereka hanya cakap saja," kata pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur,  Amar Singh Ishar Singh.

NONE Ditanya sama ada pihak polis akan mengeluarkan permit jika ada

permohonan dibuat, beliau berkata, pihaknya sedang melihat kepada keadaan senario keseluruhan dan menimbangkan tindakan yang perlu diambil.

Menurutnya, lebih 400 laporan polis telah dibuat terhadap perhimpunan tersebut,  merujuk kepada aduan terhadap perarakan yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) mengumumkan ia merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibunegara bagi mendesak pembaruan pilihan raya dan menyerahkan petisyen kepada Istana Negara.

Kemudian, NGO Melayu - PERKASA - mengumumkan ia akan mengadakan perhimpunan balas bagi menghalang penyokong BERSIH 2.0 'menimbulkan masalah' dengan presidennya, Datuk Ibrahim Ali  berjanji akan "lawan habis-habisan".

Terbaru, Pemuda Umno pula mengumumkan semalam bahawa pergerakan itu akan menganjurkan perhimpunan sendiri untuk menyokong sistem pilihan raya ini.

[Baca berita penuh]

ADS