Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS mahu pengerusi SPR tutup mulut
Diterbitkan:  Jun 21, 2011 4:46 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Pemuda PAS Johor meminta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tutup mulut daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

Ketua dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, tindakan itu lebih baik bagi memastikan SPR menjadi badan bebas yang melaksanakan pilihan raya yang adil dan bersih.

anti ppsmi rumah pena 100309 suhaizan kaiat "Hujah yang mengatakan kemenangan pembangkang dalam pilihan raya (umum) 2008 telah membuktikan bahawa SPR telah berlaku adil dalam pilihan raya adalah hujah yang meleset.

"Sistem undi pos yang ternyata mempunyai ruang manipulasi yang sangat jelas sehingga SPR berjanji mahu membuat perubahan," katanya.

Suhaizan ( kiri ) yang juga exco Pemuda PAS di peringkat pusat berkata, kenyataan SPR untuk membuat reformasi dalam sistem pilihan raya masih lagi tinggal janji dan belum sampai ke peringkat perlaksanaan.

Katanya, pengakuan individu bersubahat memangkah kertas undi pos dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dan kuasa terhadap terhadap media membuktikan sistem pilihan raya tidak berlaku dengan adil.

Suhaizan mengulas kenyataan Abdul Aziz semalam yang membuka pintu rundingan dengan jawatankuasa BERSIH yang disifatkannya sebagai "janggal walaupun bukannya luar biasa".

Suhaizan mendakwa kenyataan Abdul Aziz itu berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang dilaporkan menutup pintu rundingan.

'Kuasa SPR terhad'

Justeru, Suhaizan mendakwa " perubahan mendadak " pendirian SPR itu dipercayai akibat tekanan kerajaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Suhaizan juga berkata SPR tidak mempunyai cukup kuasa untuk membuat perubahan kepada lapan tuntutan BERSIH.

"Sebarang rundingan dengan pihak SPR tidak boleh menyelesaikan semua tuntutan.  

NONE "Ini kerana SPR hanya mempunyai kuasa yang sangat terhad terhadap media, kuasa terhad untuk mengukuhkan institusi awam, kuasa terhad untuk menghentikan rasuah dan politik kotor," katanya.

Suhaizan turut membidas kenyataan Abdul Aziz bahawa demonstrasi tidak menyelesaikan sebarang masalah, sedangkan demonstrasi anti-Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menyebabkan polisi itu berubah.

"Mungkin Tan Sri Abdul Aziz terlupa bahawa Himpunan 100 Ribu Gerakan Rakyat Membantah PPSMI tahun 2009 telah menyebabkan polisi itu berubah.

"Sedangkan sebelum demonstrasi, kerajaan khususnya menteri pelajaran pada masa itu Datuk Seri Hishamuddin Hussein bertegas akan mengekalkan PPSMI.

"Itulah bukti yang paling jelas bagaimana demontrasi boleh mengubah sesuatu polisi kerajaan," katanya yang bekas setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

ADS