Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Taib jawab dakwaan rasuah esok
Diterbitkan:  Jun 21, 2011 5:14 PM
Dikemaskini: 9:18 AM

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata beliau akan membuat kenyataan rasmi esok mengenai dakwaan rasuah terhadapnya.

NONE "Pembangkang akan terkejut esok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, di Petra Jaya di Kuching hari ini.

Pada 9 Jun, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, menyatakan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat Taib atas dakwaan rasuah balak.

Beliau menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan seperti Agensi Anti-Rasuah Switzerland yang membekukan asetnya.

Menurut laporan berita asing, Presiden Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, berkata bahawa beliau menyedari dakwaan itu dan mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawalan, Lembaga Pengawasan Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA) untuk tujuan siasatan.

- Bernama

ADS