Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Taib: Saya tiada akaun bank sulit di Switzerland

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara kategori menafikan dakwaan Dana Bruno Manser (BMF) bahawa beliau memiliki akaun bank di Switzerland.

Penafian itu dibuatnya semasa sesi soalan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini.

"Biarlah saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak mempunyai akaun rahsia di Bank Swiss mahupun aset atau pelaburan dalam apa jua bentuk di Switzerland.

“Tidak ada sama sekali," katanya.

Taib, yang juga Pengerusi BN negeri, memberi penjelasan itu berhubung siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan itu berikutan keputusan yang dikatakan dibuat oleh Agensi Anti Pencegahan Rasuah Switzerland untuk membekukan aset beliau baru-baru ini. 

“Saya secara spesifik bertanyakan kepada presiden Switzerland (Micheline Calmy-Ray) itu untuk mengesahkan sama ada beliau ada mengarahkan pihak Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland seperti yang didakwa BMF dan minta salinan tuduhan supaya boleh mendapatkan nasihat peguam,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS