Perdana Menteri hari ini mengumumkan bahawa sebahagian tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi di sini akan dibangunkan dengan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA).

NONE Datuk Seri Najib Razak berkata demikian ketika ditemubual di Radio One FM di Seri Pentas di Petaling Jaya pagi ini.

Katanya kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat seperti SP Setia, Sime Darby dan Putrajaya Corp untuk membangunkan PRIMA yang berkonsepkan sosial bisnes.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pangkalan TUDM di Sungai Besi akan dipindahkankan ke Sendayan, Negeri Sembilan.

Najib juga berkata, kerajaan akan mengkaji semula dasar penmberian biasiswa untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan dengan menyediakan sebahagian kecil peruntukan untuk pelajar berkenaan menghabiskan program pra universiti.

Katanya, pemberian biasiswa sepenuhnya akan diagihkan apabila pelajar itu berjaya memperolehi keputusan cemerlang dan ditawarkan tempat di universiti terkemuka. 

NONE Perdana Menteri juga membawa anaknya, Ashman, ke konti Radio One FM pagi ini bagi menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh rakyat menerusi program "Morning Kaki's".

"Saya memulakan hari saya bersama anak saya di konti One Fm bersama Program Morning Kaki's dalam bahasa Mandarin.

"Saya meluangkan lebih sejam bersama program ini dan sempat menjawab panggilan daripada Rakyat berhubung dengan dasar pemberian biasiswa," menurut Najib dalam laman Facebook beliau.