Tiga lelaki berusia di antara 26 hingga 42 tahun ditahan reman pagi ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan sindiket pengeluaran lesen terbang.

Sindiket berkenaan dikatakan telah meminta wang rasuah daripada calon-calon ujian memandu yang menduduki ujian Bahagian 1 berkomputer.

sprm lesen terbang Calon-calon ujian memandu berkenaan dikatakan tidak perlu hadir untuk ujian tersebut seperti yang telah disyaratkan oleh pihak berkuasa, tetapi tetap lulus dalam ujian itu.

Sindiket berkenaan dikesan bergiat aktif menjalankan operasinya di sekitar kawasan Lembah Kelang dan negeri Selangor.

Pendaftar Mahkamah Sesyen Putrajaya, Sharifah Fadzilah binti Zulkifli telah menetapkan perintah tahanan reman selama lima hari mulai hari ini sehingga 27 Jun 2011 ke atas ketiga-tiga individu terbabit bagi

membantu siasatan yang sedang dijalankan SPRM.

Siasatan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.