Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing hari ini mengecam apa yang dilabelnya sebagai tindakan  “hentam Kristian” berikutan laporan Utusan Malaysia yang mendakwa dana perhimpunan BERSIH 2.0 dibiayai pertubuhan Kristian.

Presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia itu berkata, akhbar milik Umno itu seolah-olah mempunyai lesen menerbitkan dakwaan liar tanpa bukti bagi mengeruhkan hubungan masyarakat Kristian dan Islam di negara ini.

“Saya gerun kerana tidak ada apa yang dilakukan bagi menghentikan akhbar ini daripada mengeluarkan perkara mengarut seperti ini.

NONE “Ini menunjukkan pihak berkuasa lebih berminat menangkap dan memantau orang ramai yang mahu meluahkan perasaan mereka secara sah daripada menghentikan tindakan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap beberapa individu dan kumpulan di negara ini,” katanya hari ini.

Dalam lidah pengarang akhbar itu semalam, Utusan mendakwa jutaan ringgit disalurkan oleh 11 pertubuhan asing Kristian bagi membiayai dana perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 9 Julai ini.

Sebelum ini, akhbar sama memetik dua blog pro-Umno yang pernah melaporkan sekumpulan paderi Kristian berhasrat menegakkan agama mereka sebagai agama rasmi Malaysia dan melantik seorang pemimpin Kristian sebagai perdana menteri.

[Baca berita penuh]

ADS