Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Tiada tekanan tentukan tarikh PRU-13
Diterbitkan:  Jun 30, 2011 6:10 PM
Dikemaskini: 1:03 PM

Datuk Seri Najib Razak berkata, rancangan pihak tertentu mahu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini kononnya bagi menuntut pilihan raya secara bersih tidak akan memberi tekanan kepadanya untuk memikirkan bila pilihan raya umum bakal diadakan.

"(Persoalan) pilihan raya, bila akan diadakan tidak tertakluk kepada (tuntutan penganjur perhimpunan) BERSIH,” katanya dalam sidang akhbar selepas menamatkan lawatan kerja beliau ke pekan paling selatan di Sipitang, Sabah hari ini.

Perdana Menteri berkata, sebenarnya perhimpunan itu bermotif politik dan tuntutan itu boleh diselesaikan tanpa mengheret rakyat untuk menyertai demonstrasi jalanan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Katanya, tuntutan yang dikemukakan sepatutnya boleh dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

- Bernama

ADS