Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga hanya dibenarkan ke Bukit Aman Isnin ini
Diterbitkan:  Jul 3, 2011 8:37 AM
Dikemaskini: 12:41 AM

Ahli keluarga enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan semula petang semalam mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dibenarkan hanya datang ke Bukit Aman dan menemui mereka pada Isnin.

d jeyakumar arrested eo crowd outside bukit aman bersih 1 Jurucakap Bukit Aman yang enggan dikenali berkata ini kerana keenam-enam individu berkenaan termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj masih lagi disoal siasat dan tidak boleh dibebaskan.

"Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman masih lagi menjalankan siasatan.

"Sesiapa sahaja tidak dibenarkan mengganggu siasatan atau berjumpa mereka tanpa keperluan. Kamu perlu datang pada Isnin dan bukannya malam ini " katanya kepada pemberita dan sekumpulan individu, dipercayai mempunyai kaitan keluarga dengan enam yang ditahan itu di pekarangan luar Bukit Aman di Kuala Lumpur malam semalam.

psm released in penang bersih 1 Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang. Tempoh reman mereka mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong tamat semalam.

Semua anggota PSM itu dikatakan terlibat dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi oleh anasir-anasir subversif.

d jeyakumar arrested eo crowd outside bukit aman bersih 2 Terdahulu, di pekarangan luar Bukit Aman, kira-kira 50 individu yang mempunyai kaitan dengan keenam-enam yang ditahan itu berkumpul diketuai peguam mereka, K Arumugam menuntut untuk mengetahui status penahanan mereka.

Mereka tiba kira-kira pukul 9 malam dan bersurai satu jam kemudian selepas diberitahu untuk datang ke Bukit Aman pada Isnin bagi mengetahui status lanjut kes berkenaan.

- Bernama

ADS