Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

Kit Siang gesa tarik balik pengharaman BERSIH

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan menarik balik pengharaman BERSIH, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim ketiga-tiga alasan yang diberikan bagi pengharaman tersebut di bawah Akta Pertubuhan akan hanya mendedahkan kerajaan dan negara kepada cemuhan masyarakat antarabangsa.

Katanya, BERSIH tidak bersalah atas alasan yang pertama, "Bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini".

"Mereka yang bersalah adalah PERKASA dan Pemuda Umno, malah PERKASA mengancam (akan berlaku) satu lagi 13 Mei, dengan amaran kepada orang Cina supaya tinggal di rumah dan menyimpan makanan, dan Pemuda Umno di hadapan ibu pejabat PKR, mengancam keganasan dan huru-hara."

Dia bertanya mengapa Hishammuddin (kanan) bertindak terhadap BERSIH, yang menurutnya pihak yang tidak bersalah, manakala pihak yang bersalah, PERKASA dan Pemuda Umno, seolah-olah menikmati imuniti.

Beliau juga menyifatkan sebagai tidak berasas sebab kedua pengharaman BERSIH: "Menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu".

[Baca berita penuh]