Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedia bertemu Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyelesaikan isu pelantikan ketua pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR).

    

Bagaimanapun, Setiausaha SPA Datuk Lamien Sawiyo berkata setakat ini pihaknya belum dipanggil untuk terlibat dalam rundingan mengenai perkara itu.

    

"SPA percaya perkara itu akan dapat diselesaikan di peringkat pucuk pimpinan perkhidmatan awam. Kita tiada apa-apa nak 'update' berkaitan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kejohanan Bola Jaring Terbuka SPA 2011 dan Karnival Kerjaya, di Putrajaya hari ini.

    

Isu itu tercetus apabila Ketua Pengarah JKR Tan Sri Judin Abdul Karim dilapor tidak bersetuju dengan arahan bertukar ke Lembaga Industri Kontraktor sedangkan tempatnya telah diisi Timbalan Ketua Pengarah JKR Datuk Mohd Noor Yaakob berkuat kuasa 1 Mei lepas.

    

Menjawab soalan, Lamien berkata SPA mematuhi semua prosedur perkhidmatan berhubung pelantikan jawatan terbabit.

- Bernama