Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibrahim Ali bangga jadi 'dinosaur Melayu'
Diterbitkan:  Jul 17, 2011 9:35 PM
Dikemaskini: Jul 18, 2011 2:11 AM

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini menghentam editor akhbar the Star, Datuk Wong Chun Wai kerana menggelarnya sebagai "dinosaur politik".

"Jadi, saya ingin memberitahu Wong Chun Wai, anda boleh menulis dan memperbodohkan orang lain tetapi tidak dinosaur Ibrahim Ali."

NONE Dalam SMS kepada pihak media, Ibrahim berkata, beliau bangga menjadi dinosaur Melayu yang akan melindungi dengan apa sahaja

daripada mereka yang cuba hendak menulis 'kontrak sosial' yang baru untuk Malaysia, iaitu Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau mengulas kolum tulisan Wong yang disiarkan hari ini yang bertajuk 'Talk less listen harder'.

Wong menulis: “Kita tidak berminat dengan bangunan 100 tingkat, pertelagahan bodoh politik, sama ada isteri perlu taat kepada suami mereka di bilik tidur atau kecaman perkauman dari dinosaur politik seperti Ibrahim Ali dari PERKASA."

Menjawab tulisan tersebut, Ibrahim berkata: "Maaf, saya juga tidak berminat dalam kecaman perkauman dari kolumnis bapa buaya seperti Wong Chun Wai dari Star."

Beliau mendakwa Wong menulis mengenai perkara-perkara yang sensitif dan secara halus cuba untuk memusnahkan negara dan "perlembagaan asasnya".

Sambil memberi amaran kepada Wong supaya menjaga pelakuannya dan menjadi seorang rakyat Malaysia yang baik, Ibrahim (kanan) menambah, 'Jangan cuba meminta lebih-lebih. Cukup-cukuplah."]

[Baca berita penuh]

ADS