Seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’ dan bertugas di Jabatan Perdana Menteri bersama syarikatnya dan seorang lagi pengarah telah bersetuju membayar  M620,500 sebagai bayaran penyelesaian berhubung dakwaan beliau menipu sebuah syarikat di Johor untuk projek uasaha sama melombong pasir di Selangor yang tidak wujud.

Bayaran penyelesaian itu dipersetujui antara plaintif Nice Garden Sdn Bhd, dan Infra Penaga Sdn Bhd, bersama pengarahnya Datuk Seri Hasan Ayoub dan Adnan Shah Che Yusoff, di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham hari ini.

Peguam Nice Garden Mohammad Fauzi Abdullah mengesahkan bayaran penyelesaian itu hari ini dan semua tiga defenden bersetuju membuat bayaran dalam tiga ansuran sebelum hujung Ogos ini.

Selain itu, ketiga-tiga defenden juga diarahkan membayar kos sebanyak RM20,000.

Seorang lagi defenden, Datuk Abdul Samad Othman, - pengarah Infra Penaga, tidak diwakili sebelum ini dan penyelesaiannya dengan plaintif masih tertangguh. Beliau diwakili oleh peguam Ahmad Fariz Mohamed, pada prosiding hari ini.

Hakim Singham menetapkan 11 Ogos ini sebagai kes pengurusan untuk Abdul Samad dan Nice Garden.

[Baca berita penuh]