K'jaan P Pinang dibidas rumah kos rendah kurang
Ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman membidas kerajaan negeri kerana tidak membina sebarang rumah kos rendah untuk golongan miskin sejak mengambil alih pentadbiran pada 2008.
Menggesa supaya diambil tindakan segera, beliau berkata, kerajaan negeri perlu menjaga kepentingan golongan berkenaan.
Ini, katanya, perlu selaras dengan dasar CAT (kecekapan, accountabililti dan ketelusan) untuk urustadbir yang baik yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri.
Zainal Abidin (kiri), yang juga ahli parlimen Nibong Tebal, berkata kerajaan tidak harus mendiskriminasi projek perumahan semata-mata kerana ia dikendalikan oleh kerajaan persekutuan.
"Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk meluluskan projek tersebut. Jika ia tidak boleh menyediakan perumahan kos rendah, ia tidak seharusnya cuba untuk menghalang kerajaan persekutuan daripada berbuat demikian," katanya selepas sesi tinjauan di Bukit Mertajam yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi.
Katanya, kerajaan pusat mempunyai niat yang sama, sepertimana kerajaan negeri, untuk melakukan apa yang memberi faedah kepada rakyat.
Zainal merujuk kepada komen ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk negeri Azhar Ibrahim semalam bahawa sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, projek perumahan, terutama oleh agensi-agensi persekutuan, "ditapis" dan diperlukan mematuhi syarat-syarat yang banyak sebelum diluluskan.
Agensi-agensi yang terlibat, katanya termasuk Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera (JKP), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), MARA dan Lembaga Pembangunan Bandar (UDA).
Dalam respons kepada Azhar semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kanan) menafikan kerajaan negeri melewat-lewatkan projek agensi-agensi persekutuan.
[Baca berita penuh]

