Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat negeri akan memuktamadkan pengagihan kerusi yang bakal dipertandingkan setiap parti gabungan itu pada Ahad, 31 Julai ini, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

NONE Namun Lim yang juga penasihat DAP tidak menolak kemungkinan gabungan itu memerlukan lebih banyak masa bagi emnyelesaikan pembahagian kerusi itu.

Katanya, yang lebih signifikan sekarang adalah bagaimana - PKR, DAP dan PAS - mampu mengketepikan perbezaan mereka dan memenuhi tuntutan setiap parti yang mahu berkembang mengikuti peredaran zaman dalam arena politik Malaysia.

Bagi DAP, kata Lim “sudah tiba masa” bagi mereka meluaskan pengaruh daripada tumpuan di kawasan majoriti Cina dan pusat bandar dan menjangkaui kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, selaras dengan visi penubuhan parti itu.

"Ini akan baik untuk Pakatan, bahawa DAP akan menjadi parti pelbagai kaum dan tidak lagi tertumpu di kawasan bandar. Jadi kita boleh terus kepada orang Melayu, Kadazan dan Iban... ini adalah perkara yang mahu kami lakukan,” katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara eksklusif.

NONE Lim mengakui hasrat DAP itu mungkin menjengkelkan rakan-rakannya dalam Pakatan tetapi mengelak mengulas lanjut isu itu dan menekankan bahawa rundingan masih dijalankan pada peringkat negeri.

Katanya, pemimpin di peringkat negeri adalah yang terbaik bagi menentukan agihan kerusi di kalangan ketiga-tiga parti itu. Ini kerana mereka mengetahui tempat berkenaan lebih baik dan juga berhubung tuntutan dan cabaran di sesuatu kawasan.

Minda Pakatan

"Ini adalah perkara yang perlu diselesaikan. Terlalu awal bagi peringkat nasional untuk membincangkannya, (lagipun) ia masih dirunding pada peringkat negeri,” kata Lim.

NONE Menurutnya, pemimpin Pakatan telah meminta mereka pada peringkat negeri supaya menangani sebarang masalah yang wujud terlebih dahulu dan jika ia tidak boleh diselesaikan, maka barulah perkara berkenaan akan dibawa ke peringkat nasional.

Namun, katanya, keutamaan adalah supaya sebarang isu diselesaikan sebanyak mungkin pada peringkat negeri.

Diasak menjelaskan rancangan DAP untuk bertanding di kerusi campuran atau mungkin juga kawasan majoriti pengundi Melayu yang mungkin meretakkan hubungannya dengan PKR dan PAS, Lim mengakui “keputusan yang sukar” mungkin terpaksa dibuat.

"Paling penting kita mesti ada minda PR (Pakatan). Selepas tiga tahun, saya fikir terdapat kesedaran bahawa cara berfikir sebagai PR mesti ada, tidak boleh lagi sebagai parti individu. Perlu diingatkan pada pilihan raya umum 2008, tidak ada Pakatan Rakyat.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 marching side profile "(Ini) kali pertama Pakatan akan bertanding pada pilihan raya umum sebagai sebuah gabungan, satu kumpulan... sekurang-kurangnya selepas tiga tahun ada pendapat bahawa perlu ada sikap atau minda PR, bagi memikirkan apa yang terbaik demi kepentingan Pakatan.

"Saya fikir bagi rundingan agihan kerusi, perkara itu akan digunakan. Ia tiada pada 2008 kerana setiap parti individu membincang dan cuba mendapatkan kerusi yang pada pendapat mereka boleh dimenangi.

"Sekarang saya fikir, ada elemen tambahan, yang akan dipertimbangkan secara serius, iaitu apa yang terbaik untuk Pakatan Rakyat," kata Lim.

[Baca berita penuh]

ADS