Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk G Palanivel berkata Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Biro Pengaduan Awam (BPA) akan diletakkan di bawah jagaannya.

NONE "Saya juga akan mengendalikan tugas-tugas khas. Saya akan umumkan butiran lanjut kepada media selepas 7 September," kata presiden MIC itu kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur malam tadi.

Palanivel, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri di depan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Ogos lalu, berkata beliau bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bagi membincangkan tugasnya dalam Kabinet.

- Bernama