Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat Singapura pilih presiden baru hari ini
Diterbitkan:  Aug 27, 2011 9:10 AM
Dikemaskini: 1:23 AM

Rakyat Singapura akan keluar mengundi hari ini untuk memilih presiden baru di kalangan empat calon yang mempunyai nama keluarga yang sama iaitu 'Tan' bagi menggantikan penyandang SR Nathan.

Nathan akan mengundurkan diri sebagai Ketua Negara apabila tamat tempoh presiden pada 31 Ogos ini selepas berkhidmat selama dua penggal.

NONE Pemilihan presiden kali ini dianggap bersejarah kerana ini merupakan kali pertama pemilihan presiden membabitkan empat penjuru selepas Ong Teng Cheong menang pada pertandingan satu lawan satu pada 1993.

Empat calon presiden adalah terdiri daripada bekas timbalan perdana menteri Dr Tony Tan Keng Yam, bekas ahli parlimen, Dr Tan Cheng Bok, bekas ketua NTUC Income, sebuah pertubuhuan koperasi insurans, Tan Kin Lian dan bekas pegawai kanan kerajaan, Tan Jee Say.

Selepas hari pencalonan bermula 17 Ogos lalu, akhirnya rakyat Singapura akan memilih presiden di kalangan empat calon hari ini.

- Bernama

ADS