Sambutan Aidilfitri yang penuh kemeriahan hari ini di seluruh negara dengan tradisi rumah terbuka dijangka lebih bermakna lagi dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 esok.

NONE Memandangkan sebahagian besar wartawan dan editor kami sedang bercuti, kami akan beroperasi dengan tenaga minimun tetapi berjanji akan kembali menerbitkan berita-berita politik tanah air seperti lazimnya pada hari Jumaat, 2 September 2011.

Kepada semua warga Malaysia, selamat menyambut Hari Kebangsaan dan salam merdeka dari kami warga kerja dan sidang pengarang Malaysiakini.