Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
800,000 peminjam PTPTN akan tukar ke sistem ujrah
Diterbitkan:  Sep 2, 2011 4:57 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mensasarkan 800,000 peminjam akan menukar kaedah pinjaman mereka daripada sistem konvensional kepada sistem pinjaman Islam atau ujrah pada tahun ini.

ptptn logo Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat, berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 1.8 juta individu yang mendapat pinjaman selepas tahun 2008.

PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (tiga peratus) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (satu peratus) secara berperingkat.

Beliau berkata, tarikh akhir untuk menukar kaedah pinjaman ialah sebelum 30 September ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS