Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anak syarikat Utusan usahasama maju tanah RM6.8b
Diterbitkan:  Sep 9, 2011 10:52 PM
Dikemaskini: 2:55 PM

Anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Juasa Holdings Sdn Bhd, telah menandatangani satu perjanjian usahasama dengan Insan Tiara Sdn Bhd bagi membangunkan sebidang tanah bernilai RM6.8 bilion di Kuala Lumpur untuk dijadikan satu projek perindustrian komersil bercampur-campur.

    

Utusan berkata apabila siap kelak, projek itu mengandungi satu bangunan lapan tingkat dengan tingkat bawah tanah dan dua tingkat bagi tempat meletak kereta.

    

Projek itu dijangka siap di dalam tempoh empat tahun dari tempoh serahan harta milikan kosong dengan tempoh lanjutan dua tahun lagi.

"Projek yang dicadangkan itu akan membolehkan Utusan meningkatkan nilai hartanah sedia adanya dan mewujudkan satu sumber pendapatan dari penyewaan hartanah," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS