Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, berkata kerajaannya akan cuba menghidupkan semula perjanjian pertukaran pemohon suaka dengan Malaysia yang ditolak Mahkamah Tinggi.

“Malaysia menawarkan penyelesaian terbaik kepada isu pemohon suaka dan penyeludupan manusia pada masa itu. Ia juga menawarkan penyelesaian terbaik pada masa ini," katanya kepada pemberita di Parlimen Australia.

Gillard yang baru setahun menjadi perdana menteri, menyaksikan populariti beliau menjunam dalam bacian pendapat dan menghadapi tekanan selepas mahkamah menyekat rancang beliau untuk menghantar pemohon suaka ke Malaysia.

Beliau berkata kerajaan akan cuba menghidupkan semula perjanjian dengan Malaysia, dan akan meminda undang-undang penghijrahan negara itu bagi mengelakkan bantahan Mahkamah Tinggi.

"Malaysia menawarkan jawapan yang terbaik untuk isu pemohon suaka dan penyeludupan manusia. Ia jawapan yang terbaik sekarang, " kata Gillard.

Di bawah perjanjian itu, Australia merancang untuk menghantar 800 pemohon suaka ke Malaysia dan sebagai balasan bersedia menerima 4,000 pelarian dari Malaysia.

- Reuters

[Baca berita penuh]