Stesen protokol internet TV (IPTV) yang pertama di Malaysia, memutuskan untuk menghentikan program Eyes of Media (EOM) - satu program berita dan halehwal semasanya yang mendapat sambutan hebat dari kalangan penonton muda yang tertarik dengan kandungannya yang kreatif dan kritikal.

NONE Program EOM akan ditamatkan siarannya Khamis depan selepas menyiarkan episod ke-100 dan yang terakhirnya pada hari Rabu, demikian menurut hosnya, Moon Wong, sewaktu program tersebut malam tadi.

Bagaimanapun, tidak pula dinyatakan sebab-sebab mengapa program tersebut dihentikan.

Sejak pengumuman itu dibuat, Facebook EOM menerima banyak pertanyaan dari penontonnya yang bertanya sama ada ia adalah keputusan pengurusan atau ekoran campurtangan politik.

Difahamkan, pihak pengurusan syarikat berkenaan telah memutuskan untuk menutup saluran  ETV, yang menyiarkan EOM dan beberapa lagi program tempatan.

NONE Dilancarkan pada 4 Mei tahun ini, EOM - program selama 30 minit yang menjemput dua pengulas setiap malam, Isnin hingga Jumaat - adalah sangat kritikal dalam membincangkan hal ehwal semasa termasuk isu-isu 'sensitif' politik.

[Baca berita penuh]