Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan perketatkan pemilihan calon PRU-13
Diterbitkan:  Sep 26, 2011 9:23 AM
Dikemaskini: 1:28 AM

Pemilihan calon parti Gerakan untuk pilihan raya akan datang akan diperketatkan termasuk menjalani temuduga, kata Presidennya Tan Sri Koh Tsu Koon.

NONE Beliau berkata parti itu juga akan melihat kelayakan serta sumbangan mereka kepada masyarakat sebelum mengemukakan nama mereka sebagai calon BN.

Anggota Gerakan juga turut diingatkan supaya tidak melakukan sebarang sabotaj terhadap calon yang dipilih kelak, tetapi bersatu padu menyokong mereka yang terpilih bagi menjamin kemenangan untuk BN, katanya.     

"Setiap ahli parti perlu bersatu dan terus menerus turun ke padang untuk berkempen pada pilihan raya umum nanti bagi membantu calon, dan tidak sesekali membeloti parti demi kepentingan peribadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Gerakan negeri Selangor 2011 di Petaling Jaya, semalam.

Menyentuh mengenai Selangor, Koh berkata parti itu akan berusaha merampas kembali empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen yang kalah di tangan parti pembangkang pada pilihan raya umum lalu, iaitu DUN Teratai, Bukit Lanjan, Kota Alam Shah dan Bukit Gasing serta Parlimen Puchong.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS