Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) diingatkan supaya tidak membangkitkan isu mengenai Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2010) menjelang pembentangan di Parlimen.

azlan Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataannya malam tadi berkata, sebelum pindaan itu dibawa ke Parlimen, semua cadangan pindaan itu telah melalui proses konsultasi bersama 14 wakil-wakil pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja sebanyak 18 kali sejak 2010.

"Selain itu, draf cadangan pindaan turut telah dipanjangkan untuk pandangan dan maklum balas daripada wakil majikan dan pekerja.

"Justeru, pindaan ini tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana telah melalui proses konsultasi yang komprehensif bersama pihak-pihak yang berkepentingan,” kata kenyataan Kementerian Sumber Manusia itu.

dr s subramaniam interview 210308 04 Justeru, kementerian amat berharap cadangan pindaan tersebut akan mendapat sokongan daripada semua pihak demi memelihara kebajikan pekerja dan menjamin keharmonian perhubungan perusahaan di negara ini.

Sementara itu, Bernama memetik Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam ( kiri ) berkata piket bukan merupakan satu keperluan untuk menyelesaikan sebarang masalah.

"Saya agak kecewa bila baca kenyataan itu. Ia tidak adil kepada kerajaan kerana kita sudah lakukan banyak perbincangan di mana perkara-perkara ini sudah diterangkan kepada mereka. Harap mereka faham kerana pindaan ini dibuat untuk menjaga hak dan kebajikan pekerja," katanya.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia akan meneruskan pembentangan bagi pindaan undang-undang buruh pada sesi Parlimen akan datang setelah ia beberapa kali tertangguh.

civil servants government workers "Saya harap pindaan akan selesai dengan persetujuan dari semua pihak dan mereka boleh faham tujuan sebenar kita meminda dan jangan salah faham tentang isu ini," katanya.

MTUC sebelum ini, mengumumkan mahu melancarkan piket di hadapan bangunan Parlimen pada hari pertama persidangan Isnin ini jika kerajaan meneruskan rancangan meminda undang-undang buruh.