Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrizat: Buta sebelah mata layak dikategori OKU
Diterbitkan:  Sep 29, 2011 4:18 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Bermula Sabtu ini, individu yang buta sebelah mata juga akan dianggap sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan boleh didaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Keputusan ini dibuat pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi OKU pada Selasa lepas yang membolehkan golongan itu selepas ini layak menerima segala keistimewaan yang disediakan untuk OKU di bawah JKM sekiranya mereka berdaftar,” katanya.

Shahrizat berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Hari Terbuka MAB di Kompleks MAB di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, beliau berkata, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara wajib melantik seorang wakil dari golongan OKU untuk berada di dalam Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan di kawasan masing-masing.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS