Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perwakilan Pemuda MCA sering menjadi tajuk utama berita ekoran serangan berapi-api mereka terhadap rakan dalam gabungan BN - Umno - dalam perhimpunan agung tahunannya.

mca youth agm 011011 04 Sejak insiden menghunus keris pada 2007, para perwakilan

mengecam Umno kerana menyebabkan BN kehilangan sokongan kaum Cina, lebih-lebih lagi selepas MCA kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.

Tahun ini, nadanya amat berbeza sekali - ramai perwakilan mensasarkan serangan membedal lawan politik mereka DAP, dan PAS juga tidak terlepas.

Bermula dengan timbalan presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong dalam ucapan pembukaannya, perwakilan berulangkali mengecam DAP kerana menjual masyarakat Cina, terutama dalam reaksinya terhadap ketegasan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Liow mencabar DAP memutuskan hubungannya dengan PAS, manakala Wee pula menggelar DAP penakut.

Bagi perwakilan pula, ini adalah peluang sekali dalam setahun untuk mereka secara kolektif mempersendakan DAP dan menonjolkan kelemahan mereka.

Beberapa perwakilan juga agak kasar dalam kecaman mereka, dengan sekurang-kurangnya tiga perwakilan menuturkan perkataan "anjing" apabila menyebut nama DAP dalam bahasa Cina.

Perwakilan Perak, Khor Chin Ghee pula mempersendakan penasihat DAP,  Lim Kit Siang dengan memakai cermin mata hitam.

mca youth agm 011011 audience 01 Khor berkata Lim memakai cermin mata hitam kerana dia telah

membelakangkan orang Cina dan  "tidak boleh berdepan dengan nenek moyangnya,  dan oleh itu tidak boleh menanggalkan kaca mata hitam itu".

Lim terpaksa memakai cermin mata gelap walaupun pada waktu malam, selepas menjalani pembedahan katarak pada bulan April.

Dan menghairankan, segelintir sahaja perwakilan bercakap mengenai cadangan untuk MCA menolak jawatan kabinet sekiranya ia kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia merupaka tema utama yang dicadangkan oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menurut DAP satu usaha untuk mengancam pengundi Cina.

Perwakilan yang membangkitkan isu itu juga tidak menbahaskannya secara terperinci kerana Chua telahpun beberapa kali menjelaskan teorinya bahawa kekurangan wakil Cina dalam kerajaan BN akan menjejaskan masyarakat Cina.

Akhirnya, resolusi mengenai cadangan tersebut telah diluluskan sebulat suara.

Terdapat juga percikan isu-isu pendidikan Cina, tetapi ucapan seorang perwakilan mengenai percubaan untuk mengenakan bayaran royalti ke atas peniaga kecil yang menyiarkan lagu-lagu perayaan. mencetuskan reaksi paling kuat dari para perwakilan.

Mungkin masih baru dalam MCA ialah tanggapan parti itu perlu lebih aktif dalam ruang siber memandangkan pilihan raya umum semakin dekat.

mca youth agm 011011 liow tiong lai wee ka siong Liow (putih) dalam ucapan perasmiannya menganggap Internet sebagai medan pertempuran utama, manakala Wee berkata parti itu telah melatih "beberapa ribu orang" untuk menggunakan media sosial dalam melaksanakan strateginya secara online.

Strategis Pemuda MCA, Neil Foo, dalam ucapan penutupnya, memberi analisis mengenai sokongan online pembangkang sewaktu pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata parti-parti pembangkang tidak mempunyai ramai orang yang aktif mempromosikan dasar-dasar mereka, tetapi mereka mengambil kesempatan menggunakan rasa tidak puas hati rakyat yang banyak disuarakan secara online oleh orang biasa.

"Di seluruh dunia, golongan muda akan melalui fasa anti-establishment. Ini tidak pernah kekal," kata Foo, merujuk kepada kesan pendulum.

[Baca berita penuh]