OSK enggan ulas mengenai penggabungan RHB
OSK Investment Bank Bhd enggan mengulas apa-apa mengenai perundingan penggabungan dengan RHB Banking Group kerana ia kini menantikan “lampu hijau” daripada Bank Negara Malaysia.
"Kami belum lagi menerima kelulusan daripada bank pusat untuk memulakan perbincangan. Jadi sehingga kami, kami menjuruskan isu itu kepada hanya maklumat yang boleh kami umumkan,” kata ketua pegawai eksekutif OSK Investment, U Chen Hock hari ini.
Beliau juga enggan memberikan sebarang butiran tentang berapa cepat OSK Investment menjangkakan Bank Negara akan memberikan kelulusannya bagi perbincangan itu diteruskan.
Khamis lalu, RHB Capital Bhd. dan OSK Holdings Bhd. cuba mendapatkan kelulusan Bank Negara, untuk memulakan perbincangan penggabungan melibatkan unit perbankan RHB dan OSK Investment.
U berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Cabaran Pelaburan OSK (OSKIC), pertandingan pelaburan secara maya yang dianjurkan oleh OSK Investment untuk tempoh dua tahun berturut-turut.
Beliau berkata pertandingan itu direka untuk mendidik dan menggalakkan pelajar mengenai pasaran modal dengan menyediakan satu platform untuk mereka mengalami sendiri sebagai pelabur maya.
Ketua pegawai eksekutif Bursa, Datuk Tajuddin Atan turut hadir pada majlis pelancaran itu.
- Bernama

