Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan membuat bayaran minimum RM1,300 untuk mendaftar bagi mengerjakan ibadat Haji melalui penghadangan atau ringfencing Akaun 2 pencarum.
erdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata ini kerana kerajaan menyedari ramai golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana tidak mempunyai tabungan minima tersebut,
"Justeru, bagi membolehkan bakal jemaah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji, kerajaan dengan ini membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal melalui penghadangan atau ringfencing Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300.
"Melalui kaedah ini, wang pencarum sejumlah RM1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji," kata Najib sewaktu membentangkan bajet 2012 di Dewan Negara petang ini.
Seramai 28,000 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci tahun ini mengikut kuota yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi.
Penerbangan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci bermula pada 29 September lalu.
Tahun ini, Malaysia memperolehi tambahan kuota 2,000 jemaah daripada kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji.
Pertambahan kuota itu diberi berikutan populasi penduduk Malaysia yang kini mencapai 28 juta orang.
