Beberapa bekas pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan keputusan DAP menarik balik penggantungan selama enam bulan terhadap ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan sebagai tindakan menyelamatkan kedudukan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng.

anwar qazaf case at syariah court 070110 zulkifli nordin Menurut Utusan Malaysia , yang memetik ahli parlimen Bebas bagi Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin ( kanan ), tindakan itu kerana Lim juga sebelum ini memburuk-burukkan Johor.

"Tindakan ini menyerlahkan sikap DAP yang mengamalkan politik putar-belit dan double standard terutama terhadap pemimpin daripada kaum lain,” katanya dipetik akhbar milik Umno itu.

Utusan Malaysia juga memetik seorang lagi bekas anggota PKR, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishanan ( bawah, kiri ) yang sependapat bahawa keputusan DAP melepaskan Manoharan adalah satu tindakan terdesak untuk menyelamatkan Lim.

"Keputusan terhadap Manoharan itu tidak ikhlas. Ia dibuat hanya selepas saya mempersoalkan penggantungan itu di Dewan Rakyat. Mengapa pula tiada tindakan terhadap Guan Eng?" katanya.

gobala show death threat 010709 01 Manoharan, bulan lalu digantung selama enam bulan kerana menimbulkan kekecohan berkata menulis di Facebook yang mengatakan bendera negara, Jalur Gemilang akan ditukar jika Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat persekutuan.

Bagaimanapun, DAP semalam mengetepikan hukuman gantung selama enam bulan yang dikenakan terhadap Manoharan

Lim selaku ketua menteri Pulau Pinang pula didakwa memberitahu sekumpulan wartawan asing di Singapura bahawa seseorang mungkin diculik apabila melawat Johor berbanding Pulau Pinang.

Namun, pengerusi DAP, Karpal Singh pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) berkata, parti itu juga tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Lim berikutan kenyataannya.

tan tee beng pc 030110 02 Seorang lagi bekas pemimpin Pakatan yang dipetik akhbar itu adalah ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng ( kanan ) yang berkata, keputusan DAP itu memang sudah boleh dijangka.

"Saya tidak hairan langsung dengan keputusan itu. Mereka boleh membuat keputusan sesuka hati demi kepentingan sesuatu pihak.

“Mereka boleh hukum atau tidak mahu hukum mana-mana pemimpin atau ahli yang melakukan kesalahan sesuka hati mereka," katanya.