Kerja roboh plaza tol Connaught mula Rabu
Diterbitkan: Oct 10, 2011 5:55 PM | Dikemas kini: Oct 10, 2011 5:55 PM
Syarikat konsesi Lebuhraya Timur-Barat, Kumpulan MTD akan melakukan kerja meroboh plaza tol 4 dan 5 bagi laluan Seputeh-Taman Connaught bermula Rabu ini.
MTD, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan untuk itu aliran trafik di kawasan tersebut akan dilencongkan sehingga kerja berkenaan siap pada 11 November.
Sepanjang tempoh itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan papan tanda yang akan diletakkan di kawasan berkenaan.
Sebarang pertanyaan boleh dikemuka menerusi talian 03-91732020.
Kutipan tol di laluan tersebut dimansuhkan sejak 16 Mei lalu.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.