BERITA

Najib ke Perth 31 Ogos lalu atas lawatan peribadi

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Okt 2011, 9:57 pagi

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

najib private jet 020911 "Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Namun, kementerian luar juga menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang berkenaan untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia  yang menetap di negara itu sempena majlis  Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia.

"Perdana Menteri juga telah meluang masa bertemu dan berbincang dengan wakil-wakil sebuah kumpulan Muslim di Perth."

Pendedahan itu susulan selepas Dewan Rakyat minggu lalu dimaklumkan bahawa pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh perdana menteri telah disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) oleh kerajaan sejak 3 Ogos 2007.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

pada 4 Oktober lalu berkata pesawat berkenaan untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan.

Mereka termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri dan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.