Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Media Prima umum pelantikan pegawai kanan
Diterbitkan:  Oct 13, 2011 5:52 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

Kumpulan media bersepadu, Media Prima Bhd, hari ini mengumumkan pelantikan beberapa pegawai kanan pengurusannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata Mohammad Azlan Abdullah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan pengganti Datuk Anthony Firdauz Bujang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NSTP.

Anthony akan menamatkan perkhidmatannya pada Disember selepas berkhidmat selama 12 tahun di Media Prima.

Pelantikan lain termasuk Abdul Jalil Hamid sebagai Editor Pengurusan Kumpulan NSTP, menggantikan Datuk Zainul Ariffin Mohamd Isa yang akan mengisi dua jawatan baru sebagai Editor Pengurusan e-Media NSTP dan ketua Bahagian Media Baru Media Prima.

Sementara itu, Datuk Mohd Ashraf Abdullah dilantik sebagai Timbalan Editor Pengurusan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima yang memantau operasi berita dan editorial TV3, ntv7, 8TV, Hot FM, Fly FM dan One FM.

Jeff Cheah See Hong pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Big Tree Outdoor Sdn Bhd, menggantikan Mohammad Azlan, manakala Farisha Pawanteh akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi Primmeworks Studio Sdn Bhd pada 31 Oktober, kata kenyataan itu.

 - Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS