Syarikat nadir bumi Australia, Lynas, menafikan dakwaan bahawa ia akan memulakan penghantaran bijih nadir bumi ke lojinya di Gebeng, Pahang pada akhir bulan ini.

NONE Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini , syarikat itu berkata

dakwaan tersebut adalah 'fakta yang tidak tepat' kerana tiada import boleh dibuat tanpa kelulusan mandatori daripada pihak berkuasa.

"Terdapat beberapa kenyataan yang dibuat pada hari ini kepada media yang tidak tepat dan mengelirukan, dan Lynas perlu menjelaskan perkara ini," katanya.

Menurut Lynas, ia tidak mempunyai niat untuk mengeksport bijih nadir bumi ke Kuantan, Malaysia tanpa kelulusan yang diperlukan dalam kes ini, lesen pra-operasi untuk lojinya di Gebeng.

NONE Lynas membuat penjelasan tersebut ekoran dakwaan yang dibuat ahli parlimen PKR-Kuantan, Fuziah Salleh dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Fuziah memberitahu pemberita bahawa Lynas dijangka memulakan penghantaran bijih dari Port Weld, Australia akhir bulan ini.

[Baca berita penuh]