Pemuda PKR (AMK) menggesa agar Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong jangan mengalih fokus untuk menyelindungi fakta bahawa mesyuarat agung tahunan Pemuda MCA menjadikan wanita muda sebagai penghias majlis.

um pro-m talk 05022010 03 lee khai loon Ketua penerangan AMK Lee Khai Loon ( kanan ) berkata, Wee tidak harus "bersembunyi di belakang kuasa media pemerintah" untuk membuat pelbagai tuduhan serta fitnah tidak berasas.

"Wee langsung tidak insaf bahawa tanpa sebarang bukti yang kukuh, dia telah mengguna pelbagai cara untuk mengaitkan AMK dan Lee bertanggungjawab atas satu blog yang ciplak tersebut," katanya.

Lee merujuk kepada blog Suara Keadilan Malaysia di Wordpress yang memuatkan komen dan gambar tidak sesuai yang digambarkan sebagai dioperasikan parti itu.

Wee hari ini berkata tidak akan memohon maaf kepada AMK dan Lee berhubung spekulasi yang membawa kepada penyiaran gambar tidak senonoh, yang didakwa wanita cantik yang menghadiri perhimpunan agung Pemuda MCA baru-baru ini.

Sambil menafikan beliau menyerang Pemuda PKR atau ketuanya, Wee menjelaskan, apa yang beliau katanya ialah Suara Keadilan Malaysia menyiarkan komen dan gambar.

'Menangkap pencuri'

Menurutnya lagi, beliau hanya menyatakan alamat laman web tersebut dan semuanya bermula selepas Lee membuat komen berkaitan.

 

Dalam kenyataannya hari ini, Lee menyelar Wee yang disifatkannya tidak insaf dan tanpa bukti yang kukuh "mengguna pelbagai cara" mengaitkan AMK dan Lee dengan blog itu.

NONE "Wee juga menuduh bahawa AMK perlu bertanggungjawab sekiranya tidak melaporkan blog ciplak kepada pihak berkenaan.

"Adakah Wee juga bersetuju bahawa orang yang tidak menangkap pencuri maka mereka adalah pencuri? Bukankah semua orang sudah jadi pencuri sekiranya logik Wee berasas?

Sehubungan itu, Lee menyatakan kesediaannya berdebat dengan Wee tentang isu penglibatan wanita muda di Pemuda MCA.

"Pemuda MCA hanya membenarkan wanita muda ditangkap gambar tetapi tidak membenarkan mereka menyatakan pandangan mereka di AGM.

"Tambahan pula, Pemuda MCA juga tidak menyokong tuntutan Wanita MCA dalam 30 peratus kuota untuk wanita dalam pembuat dasar," katanya.