Cadangan penubuhan Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang (SKP) tidak pernah dimasukkan dalam laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), parlimen dimaklumkan hari ini.

sk devamany Timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany berkata, cadangan penubuhan suruhanjaya itu dibincangkan dalam NEAC.

"Maka ada panelnya menyajikan pelbagai jenis cadangan. Apabila laporan dikeluarkan, maka cadangan ini tidak terangkum di dalamnya.

"Maka isu di mana ia digugurkan kerana tidak dimasukkan di dalam laporan dijadikan asas dalam program transformasi ekonomi," katanya, menjawab satu soalan di Dewan Rakyat.

Devamany (BN-Cameron Highlands) berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Teluk Kemang).

NONE Kamarul bertanya mengapa penubuhan suruhanjaya itu dibatalkan sedangkan ia pada asalnya diuar-uarkan untuk menyokong kejayaan Model Baru Ekonomi (MEB).

Mengulas lanjut, Devamany berkata program transformasi ekonomi kerajaan itu telahpun mula dilaksana berdasarkan prinsip mesra pasaran, berdasar keperluan, merit dan berketelusan.

"Maka berdasarkan empat perkara itu tadi diperluaskan ke semua bidang khususnya dalam pemajuan atau mengarus perdana kemajuan ekonomi," katanya lagi.