Majlis Perundingan Media masih belum dapat dibentuk kerana pengamal media enggan bekerjasama dengan kerajaan untuk usaha itu, parlimen diberitahu hari ini.

azlan Timbalan menteri penerangan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata pengamal media hanya akan bekerjasama sekiranya majlis berkenaan hanya dianggotai oleh kalangan golongan tersebut.

'Penubuhan majlis masih di peringkat cadangan. Kerajaan masih lagi mengkaji bagaimana majlis tersebut akan dibentuk," katanya ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Soalan dikemukakan Tian Chua (PKR-Batu) itu juga menuntut kerajaan menjelaskan bagaimanakah rundingan itu diadakan sekiranya ia tidak melibatkan pengamal media baru.

Beliau mengemukakan soalan tersebut dengan merujuk mesyuarat sulung di antara wakil kerajaan dan juga pengamal media arus perdana yang diadakan di Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu.

Jawapan menteri itu juga mengundang celahan daripada Hamim Samuri (BN-Ledang) yang berkata kerajaan sepatutnya mengawal fitnah dalam media Internet.

Maglin dalam jawapan ringkasnya kemudian berkata, kerajaan sentiasa memantau laman web kerana "media tertentu tidak ada kerjasama untuk tubuhkan MPM."