Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan membuat pendirian berhubung Perhimpunan Sejuta Umat selepas PAS membuat keputusan mengenai isu sama malam ini.

Katanya PAS akan membuat keputusannya dahulu memandangkan parti itu akan dapat menilai isu berkenaan dengan maklumat yang didapatinya.

NONE Anwar berkata, Pakatan juga masih lagi mengumpul maklumat mengenai berhimpunan berkenaan, terutama berhubung penganjur dan pihak yang menyokong usaha itu.

Pakatan akan menilai sama ada benar perhimpunan itu bertujuan untuk mempertahan akidah orang Islam, kata Anwar ( kiei ) lagi.

Tambahnya, beliau juga telah mendapatkan maklumat daripada NGO Islam Wadah Pencerdasan Umat Islam (WADAH) dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) untuk menilai program perhimpunan itu.

"Kita akan serahkan kepada kebijaksanaan PAS yang akan bermesyuarat malam ini," katanya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen.

Hadi: Nilai agenda politik

Dalam sidang media sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata PAS akan bermesyuarat untuk menilai sejauh mana agenda politik dalam program yang diatur.

"Kita tidak mahu program yang diaturkan lain daripada landasan sebenar.

NONE "Hubungan antara kaum saya rasa tidak boleh ditegangkan untuk mengambil kesempatan musim pilihan raya," kata Abdul Hadi ( kanan ).

Tambahnya, beliau berpendirian bahawa orang Islam wajib mempertahankan akidah tetapi tidak boleh zalim kepada pihak lain.

"Kita sepatutnya faham dan berpengalaman, bila tiap-tiap kali pilihan raya umum, BN akan memainkan isu sensitif termasuk sanggup melanggar perlembagaan demi sokongan politik," katanya lagi.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan juga Penasihat DAP Lim Kit Siang.

ADS