mk-logo
Berita
Menteri: Perhimpunan Sejuta Umat bukan tunjuk perasaan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenepikan kekhuatiran PAS bahawa Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan mengundang polemik antara agama.

Katanya, penganjur itu sendiri telah diberikan kebenaran untuk mengadakan HIMPUN di Stadium Shah Alam, menunjukkan bahawa perhimpunan itu akan terkawal.

NONE "Saya tengok penganjur pun dah beri akujanji untuk jaga ketertiban itu. Ini berbeza dengan semangat yang tak boleh dikawal.

"Bila ada permit dia mesti ada peraturan yang perlu dipatuhi. Bila berhimpun dalam stadium, dia kurangkan masalah.

"Pihak yang benarkan perhimpunan akan tentukan perjalanan itu (berlangsung dengan baik)," katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.

Beliau yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam turut mempertahankan tujuan perhimpunan itu diadakan - "untuk pertahankan Islam demi penyatuan umat."

"Jadi itu berbeza daripada tunjuk perasaan yang bersifat marah dan sebagainya," katanya lagi ketika ditanya.

Mesyuarat PAS lewat malam tadi memutuskan untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut demi menghormati keinginan penganjur untuk tidak melibatkan parti politik.

NONE PAS khuatir terdapat pihak tertentu yang akan cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan perhimpunan tersebut untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Walau PAS tidak menghadiri HIMPUN, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun tetap berharap supaya pihak yang terlibat bertindak mengikut undang-undang demi menjamin keharmonian antara kaum dan agama.

"Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS