Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon enggan mengulas mengenai rancangan beliau pada  pilihan raya umum yang akan datang, termasuk cadangan supaya beliau mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

koh tsu koon Koh berkata beliau tidak dapat mengulas spekulasi yang dibuat di akhbar-akhbar.

"Saya tiada hasrat mengulas artikel sebegitu banyak mengenai pelbagai perkara.

"Semua itu spekulasi walaupun sesetengahnya boleh berubah menjadi benar. Dalam hidup ini, ada kalanya, anda akan berdepan dengan kejutan. Saya tahu apa yang saya lakukan. Tetapi saya tidak akan beritahu," katanya.

Koh berkata demikian pada Pertandingan lagu-lagu Patriotik bagi peringkat sekolah-sekolah menengah di ibu pejabat Gerakan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga diminta mengulas ucapannya pada Perhimpunan Agung Gerakan baru-baru ini di mana beliau menyatakan kesediaan mengorbankan dirinya dan juga laporan Sin Chew Daily bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Koh berkata terdapat banyak pandangan mengenai perkara ini.

"Tetapi saya memilih untuk tidak komen hari ini," katanya.

[Baca berita penuh]