Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau tidak menjangkakan sebarang masalah besar yang akan timbul daripada Perhimpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober ini.

Maka, katanya, tidak timbul soal untuk mengawal sentimen orang ramai yang hadir dalam perhimpunan berkenaan.

NONE Ketika ditemui di bangunan parlimen, semalam, memberi alasan, tujuan perhimpunan itu diadakan adalah untuk mempertahankan akidah orang Islam.

"Buat apa nak kawal kalau dia bercakap soal pertahankan akidah, pertahankan kesucian Islam. Saya tak rasa akan jadi masalah besar," katanya.

Beliau sebelum itu ditanya mengenai kebimbangan yang disuarakan PAS bahawa perhimpunan itu mungkin akan dipergunakan pihak tertentu dan seterusnya menimbulkan polemik antara agama.

Bukan hak PAS

Mengulas lanjut, Ibrahim mendakwa, PAS sengaja tidak mahu turut serta dalam perhimpunan tersebut kerana tidak memberi keuntungan politik kepada mereka.

"Kalau dia tengok ada orang lain serta parti lain yang turut serta itu tidak sehaluan dengan dia, dia tidak setujulah.

azlan "Kalau buat dengan parti dia saja, pemimpin dia saja berucap, itu baru betul.

"Tapi Islam bukan hak PAS, hak orang yang mengamal ajaran Islam," katanya lagi.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas itu berkata masyarakat bukan Islam juga tidak perlu berasa resah dengan perhimpunan berkenaan.

Tambahnya, kumpulan daripada masyarakat yang membentuk majoriti itu berhak berbuat demikian dengan mengikut peraturan.

Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini selama empat jam dijadualkan bermula pada jam 2 petang dengan tujuan “menyelamatkan akidah umat”.

Lebih daripada 29 NGO telah mengesahkan penyertaan dalam perhimpunan itu. Antara mereka Gabungan Penasyid Malaysia, Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam, dan Persatuan Ulama Malaysia.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awang Bagaimanapun PAS dan PKR telah membuat keputusan untuk tidak menyertainya.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata "PKR bimbang penyertaannya dalam HIMPUN kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada beberapa parti politik arus perdana."

ADS