Najib, Rosmah berlepas ke Lombok
Diterbitkan: Oct 20, 2011 9:22 AM | Dikemas kini: Oct 20, 2011 9:24 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlepas ke Lombok hari ini untuk menghadiri Perundingan Tahunan Ke-8 Pemimpin Malaysia-Indonesia.
Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi.
Perundingan di Lombok itu akan dihoskan Presiden Indonesia Susilo Banbang Yudhoyono
Perundingan tahunan itu dianjurkan secara bergilir di antara kedua-dua negara. Malaysia menjadi tuan rumah Perundingan Tahunan Pemimpin Ke-7 di Putrajaya pada 18 Mei tahun lalu.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.