mk-logo
Berita
Karpal: Jangan hukum hakim berperikemanusiaan
Diterbitkan:  Oct 21, 2011 9:12 AM
Dikemaskini: 9:17 AM

Peguam veteran dan pemimpin DAP Karpal Singh hari ini mempertahankan Hakim Mahkamah Sesyen Pulau Pinang Chan Jit Li, yang dibidas Majlis Peguam kerana memberinya satu pelukan selepas penghakimannya baru-baru ini.

NONE Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal, yang dianugerahkan RM2 juta oleh mahkamah itu berhubung kes kemalangannya pada tahun 2005, sehingga menyebabkan beliau terpaksa bergerak dengan berkerusi roda, berkata Chan tidak patut dihukum kerana bersifat kemanusiaan.

"Apa yang beliau lakukan adalah tindakan belas kasihan, yang dilakukan di mahkamah terbuka, yang tidak boleh dipersalahkan dalam apa-apa cara sekalipun. Adalah salah bagi menghukumnya ataupun mengenakan sebarang bentuk tindakan tatatertib," katanya.

Menurut Karpal, Chan, memang "memeluknya sedikit" selepas penghakimannya dan juga mengakui di mahkamah terbuka bahawa beliau mengenali peguam itu.

"Tiada bantahan yang dibuat oleh (peguam) Bala Mahesa Trilogi yang mewakili (pihak satu lagi) supaya hakim melucutkan dirinya daripada membicarakan kes itu atas alasan kemungkinan berlaku berat sebelah,” katanya,

Karpal juga mengakui bahawa beliau mula-mula mengenali Chan sebagai seorang murid sekolah yang berusia 11 tahun melalui bapa saudaranya dan berkata bahawa kebanyakan rakyat Malaysia boleh mengatakan bahawa mereka mengenali dirinya.

Malah, kata Karpal, selepas kemalangannya itu, ramai yang telah mendekatinya dan memeluknya untuk meluahkan sokongan.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini